I am a Sarawak Blogger

Wednesday, January 12, 2011

Klinik Bot 1Malaysia Baram

Macam macam ada election is coming soon panadol by post pun ada.  Ini aku copy from sarawak update.
MIRI ? Penduduk yang tinggal di sepanjang Sungai Baram kini tidak perlu bimbang untuk mendapatkan rawatan kesihatan berikutan langkah kerajaan mewujudkan Klinik Bergerak 1Malaysia menggunakan perahu.
Sebagai permulaan, Klinik 1Malaysia akan dilancarkan pada 14 Januari di Rumah Panjang Muna ak. Entumang di Pengelayan, Baram Hilir yang akan memberi manfaat kepada lebih 5,000 penduduk di Baram Hilir.
Rumah panjang lain yang bakal mendapat manfaat ialah Rumah Michael Mundam, Rumah Masam, Sg Pedada, Rumah Budin , Rumah Henry Belaja di Asam Paya, rumah Nanang di Ujung Daun, Kejaman , Teraja ,Rumah Ngelingkong dan Rumah Chabob di Lubok Amam.
Majlis pelancaran akan dilakukan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Sri Liow Tiong Lai.
Terdapat kira-kira 20,000 penduduk terdiri daripada suku kaum Orang Ulu iaitu Kenyah, Kayan selain Iban tinggal di tebing Sungai Baram dan mengalami kesukaran untuk mendapatkan rawatan kesihatan berikutan jauh dari klinik.
Selain jauh, penduduk yang tinggal di tebingan Sungai Baram lebih rela menahan sakit di rumah daripada menanggung kos pengangkutan yang amat tinggi terutama di kalangan mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap.
Bagi penduduk Baram, ditimpa penyakit merupakan satu masalah besar kerana tidak semua perkampungan di Baram dilengkapi dengan kemudahan klinik desa.
Setakat ini, kawasan Baram mempunyai kira-kira 80 perkampungan namun tidak semuanya dilengkapi dengan klinik kesihatan atau klinik desa.


salam.

No comments: