INI adalah hasil tangkapan aku petang tadi
Menangkap ikan juga salah satu daripada hobi aku sekiranya ada masa. Selalunya aku pergi menjaring pada hari sabtu atau ahad. Kalau dulu memang aku menjaring setiap hujung minggu. Selalunya aku pegi sorang2 kadang kala aku dgn kawan2. Opis aku memang ditepi laut kalau aku tengok ada ramai orang turun pantai memang aku geram jua. Opis aku terletak dekat kampung nelayan iaitu kampung Buntal.
Pada mulanya aku memang tak reti nak tangkap ikan. Pada suatu hari aku ikut adik angkat aku pegi menjartng. apabila kami dapat banyak ikan aku pun jadi seronok aku terus tempah jaring. Sekarang aku tak kesah sorang2 pun aku pegi kalau musim udang. Aku mula tangkap ikan pada tahun 2006 sedangkan aku dah mula keja kat situ pada tahun 1995. Apabila aku rasa STRESS turun saja kepantai pegi tangkap ikan aku berasa lega apabila angin laut yang segar bertiup.
Petang tadi keluar saja dari opis aku terus turun ke pantai memang aku ada siap stanby jaring dalam kereta aku. Sekejap saja aku labuh jaring dalam air banyak ikan melekat. aku pun seronoklah. Apabila senja hujan nak turunaku buat lah jaring dan terus balik.