I am a Sarawak Blogger

Friday, November 18, 2011

Cucu Kesayangan

Agak lama dah tak update blog ni , Hari ini aku nak cerita tentang orang yang tersayang aku. Armand firdaus adalah cucu aku yang tinggal bersama sejak dia dilahir. Sekarang dia dah berusia lima tahun lebih dah bersekolah tadika.. Mak bapa dan adik2nya tinggal di putrajaya, Pada minggu lepas mak dia balik dan membawa dia balik kesana dan akan bersekolah disana pada tahun depan. Oleh kerana dia tak nak ikut mak dia balik terpaksalah atuk dia ikut sekali. Yang tinggal di rumah hanya aku angah dan Usu . Angah selalu pegi travelling.Usu keja shift dan aku keja office hours . Jadi kami pun jarang bersama  dan lebih terasa dengan ketiadaan  armand Aku masih teringat dia yang suka berebut laptop dengan aku dan aku selalu mengalah apabila dia nak main game. Aku harap dia lekas mesra dengan mak, ayah dan adik2 .