Itu lah yang nak kongsi bersama pada hari ini. Semalam aku bertugas di tapak pembinaan setelah 2 minggu aku tak ada kluar dari pejabat, oleh kerana ada kakitangan Sarawak Energy yang hendak mendirikan tiang letrik berdekatan dengan projek tersebut.jadi aku turunlah untuk supervised. Buruh2 yang bekerja di tapak pembinaan sudah hampir 2 minggu juga tak keja kerana jantolak untuk mengorek longkang masih rosak. Sampai saja aku kat rumah kontak aku melihat ramai buruh kontrak berkumpul disana dan aku pun menghampiri mereka, lagipun mereka memang dah kenal aku sejak 2 bulan aku mengawasi mereka membuat kerja disana..mereka rasa serba salah apabila melihat aku menuju ke arah mereka, diatas meja ku lihat beberapa botol arak. . Aduh sedihnya aku kenapa lah jadi camni ye. Seorang drpd budak tu berkali kali kata sory kak. sorry kak. Aku terus kata ni rupanya kerja kamu semua. Taklah apa kak kami minum tidak kacau orang cuma suka je katanya pada aku. Aku masih duduk tiba2 ada seorang prempuan dengan anak kecik datang membawa beg plastik. Aku tak lari lagi aku nak tau siapa kah prempuan itu dan apa yang dibawanya dalam beg plastik tadi, prempuan tu terus mengeluarkan beberapa botol arak lagi, Astagafirllazim mengucap aku dalam hati jenis apa kah manusia camni. Orang melayu orang islam tanpa segan silu siap bawa anak bini teguk arak bersama. Apalah nak jadi melayu zaman ni. yaallah berilah kesedaran kepada mereka , apalah masa depan anak2 masih kecih lagi didedah dengan benda benda haram.