I am a Sarawak Blogger

Tuesday, August 10, 2010

Menjelangnya Ramadan

Menjelangnya Ramadan tahun ini adalah tahun yang ketiga aku menyambutnya tanpa orang yang tersayang. Coretan ku ini tidak ada kena mengena dengan orang lain. Ini adalah sebagai kenangan untuk seorang wanita yang ku panggil ibu. Ibu kehilanganmu di dunia ini rasanya hidup ini tidak lengkap. Aku masih teringat sesibuk manapun tugas harian ku tanggung jawab ku kepada mu tak pernah ku abaikan. Hampir setiap hari kita berbuka bersama . Aku masih teringat makanan kegemaramu kuih bongkol dan ABC ku belikan untuk mu. A Ibu sejak kehilangan mu aku tiada tempat mengadu susah senang hidup ini semuanya ku harungi sendirian. Ketika ku ke pusara mu tempoh hari tidak tertahan air mata ku kerana perasaan rindu ku masih belum terubat Ibu rumah ibu masih kukunjungi walaupun sudah kosong. Ibu ampunlah segala dosaku sekira aku pernah menyinggungkan perasaan mu tika ibu masih ada. Jasa ibu mengandung, membesar and mendidik aku sehingga aku seperti ini tidak dapat ku balaskan walau pun dengan jutaan ringgit hanya aku  doakan semuga ibu didalam golongan orang saliha.
Alfatihah untuk IBU KU HAJJAH EDA BINTI MOHAMAD.