Petang tadi aku Aiman Armand dan Fiza pegi kat kebun Bapa aku.Pabila sampai kat rumah tetiba rasa sedih juga masuk rumah yang dah lama ditinggalkan sejak mak aku meninggal tahun lepas. kesian tengok barang barang mak aku. Masih aku terbayang mak yang duduk depan pintu apabila kami datang dan pulang.
Sekarang banyak nenas yang berbuah hasil peninggalan emak aku.Rambutan pun sedang berpetik. Arwah mak memang rajin bercucuk tanam. Kesian mak sakit beberapa hari saja terus meninggal. Sekarang Bapa tinggal bersama kami. Kami tak benar bapa tinggal sorang2 kat kenun, Dia pun ada juga rumah sendiri kat kampung tapi tiada siapa yang hendak menjaga dia. Selepas aku ambil mesih basuh dan buah nenas dari rumah mak kami pun balik.Awan dah mendung dan hujan pun dah nak turun. Perjalanan pulang kami sempat singgah beli ikan kat kampung Buntal,Trus balik rumah.
No comments:
Post a Comment