I am a Sarawak Blogger

Thursday, January 13, 2011

Kempen Kesedaran

Satu kempen berkaitan kesedaran keselamatan bila meletak kenderaan secara 'reverse parking' telah diadakan di perkarangan TM Jalan Simpang Tiga, Kuching pada Khamis, 6 Januari 2011. Kempen tersebut telah dikelolakan pada akhir tahun 2010 dan dipraktik kepada semua warga TM di Ibu Pejabat Kawasan (IPK) Sarawak hari ini. 
Antara rasional disebalik kempen ini, terdapat beberapa faktor kebaikan dan kesedaran yang boleh diambil kira, seperti :
  1. Mudah untuk mengeluarkan kenderaan dari kawasan bencana apabila berlaku kecemasan.
  2. Menghalang berlakunya kemalangan semasa keluar dari tempat letak kereta kerana kenderaan sudah menghala ke arah keluar (visual jelas)
  3. Mendisiplinkan anggota pada setiap masa
  4. Pihak keselamatan dapat menyelaraskan dan memaksimumkan penggunaan ruang tempat letak kenderaan dari segi penguatkuasaan
  5. ‘Response time’ semasa ‘evacuation’.
  6. 'Safe Fuel' - 'Reverse Parking' juga dapat menjimatkan minyak kalau kita 'reverse' semasa enjin kereta masih panas berbanding dengan kita 'reverse' semasa enjin belum panas
  7. Fokus contoh - seseorang baru sampai ke kawasan pejabat dan terus 'reverse' berbanding dengan waktu pulang kerja dan terus 'reverse', dimana tahap konsentrasi kita baru masuk kenderaan adalah rendah berbanding dengan tahap konsentrasi setelah berada dalam kereta untuk satu jangka masa yang panjang.
  8. 'Maneuverability' – ‘Reverse Backwards’ dengan ‘low speeds’ menyebabkan kereta mudah 'maneuver' berbanding dengan 'going forwards'.




5 comments:

aNIe said...

Ohhh...baru le tau pasal kebaikan reverse parking... terima kasih... sebab berkongsi

asnah58 said...

yelah sebelum ni sya mmg tak tau dan tak suke reverse park pun, butnow we have to.

misza said...

betul gak yer. saya memang jarang sgt buat reverse parking. nak cepat jer.

Mak Su said...

oohh... byk kebaikannya

tq untuk sharing :)

-fizA- said...

baruk tauk ada kelebihan paduhal... =))