I am a Sarawak Blogger

Saturday, June 6, 2009

Seronok Tangkap Ketam & Udang



Tak rugi aku hujung minggu ni, Semalam aku pegi ke pantai bersama adik aku Budin dan adik ipar aku Hip pegi menjaring. Kami dapat tangkap ketam, Udang dan ikan. Kalau lah aku tak pegi pasti aku jeles. Aku tak ambik aina dia tidur di rumah sal kawan aku. Sal memang sporting kalau aku nak pegi laut.Dia selalu bagi laluan pada aku. Kalau aku ada boleh hasil tangkapan memang aku bagi dgn dia.




Hah ni lah Ketam yang aku dapat
Kalau boleh aku nak Fiza & Hazrul datang musim Ketam ni. Biar makan puas puas. Aku bukan tak nak kirim tapi dulu pernah dah checkin diaorang tolak pasal kotak lembat. Nantilah kalau boy mau bawa besok aku cuba.

Tuesday, June 2, 2009

Datang office lagi

Sepatutnya hari ni masih cuti tapi aku terpaksa pegi station juga kerana minggu ni aku on call tukar dgn staff yang meraya gawai. Pasal KL ada detect alarm dari station kami. aku pe tengok2.apabila sampai station tadi alarm dah tak da lagi. Sepatunya aku hari ni nak pegi kenduri kawin Jiran sekampung. Pagi2 awal tadi terpaksa lah aku pegi menjengok kejap. Bosan betullah. Tapi yang shoknya aku keja 3jam je ot dan dpt RM134 pasal public holiday

Lepas ni aku dah abis keja nak jengok2 tepi pantai pasal aku dah bawa skali jaring aku tadi. Turun jelah nak hilang stress.

Harap dapat ikan dan ketam.

Boy bercuti

Masa berlalu begitu pantas sekali, Hari ini dah 10hari boy balik bercuti sepanjang cuti hanya tiga malam je dia tidor kat rumah dan yang selebihnya dia di rumah adik sebelah je. aku bengang tengok dia berjam jam melayan game sampai 4 pagi pun dia tahan. Nak marah pun berfikir juga kalu dia melepak lagi sakit kepala aku. Boy ni memang bukan jenis melepak, dia memang macam perangai budak2 giler habis dengan citer Katun. Aku tengok game yg dia layan pun katun juga. Pernah aku tersedar dari tidor pukul tiga pagi terdengardia tergelak mengilai sorang2 dia dgn katunnya." Lantak lah kau"

Tapi dalam otak aku ni terfikir juga entah entah di sana dia asik main game sampai abaikan pelajaran pula.

Macam macamlah kerenah anak aku ni.3 orang pun sakit dah kepala aku fikir.Kalau boleh memang aku tak nak semua anak aku jauh2 tapi demi masa depan mereka aku terpaksa akur.

Sabtu ni dia dah nak balik KL lagi cuti dah habis. Kesian dia duduk rumah sewa masak pun tak pandai asik makan mee je. Dia ni lembut sikit tak macam kakak dan adiknya.Kesian2 nak jumpa kakak pun jauh.

Aku tulis ni cuma nak luah perasaan aku je.